mutakhir

Pembunuh Aleya berdepan hukuman gantung [METROTV]

Oleh Aizat Sharif

PENGANGGUR berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Ramlan Abdul Rashid, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Ridzwan Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian ke atas Nur Aisyah Aleya Abdullah di sebuah rumah bertempat di Blok G-3-4 Kuarters Hospital Langkawi, Kuah, Langkawi, antara 9 pagi hingga 10 pagi, 23 Februari lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju lokap jingga tiba di pekarangan mahkamah sekitar 8.50 pagi diiringi polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah, Qatrin Nada Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 22 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi dapatkan laporan bedah siasat mangsa.

Berita berkaitan

Polis masih cari cebisan mayat Aleya

[UPDATE] Polis rakam percakapan lima anak suspek

Kes Aleya: Polis jumpa dua gigi, gumpalan rambut

Suspek bunuh Aleya direman

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Disiarkan pada: March 20, 2019 @ 11:32am
d