mutakhir

[UPDATE] Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Oleh Farah Suhaidah Othman

POLIS akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar atau kenyataan palsu berkaitan kes peserta Gopeng Ultra Trail (GIT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Tindakan itu termasuk hebahan dibuat pihak tertentu yang menganjurkan usaha mencari mangsa yang dirancang pada hari ke-15 Sabtu ini sebagaimana tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, berhubung hebahan yang tular itu pihaknya mendapati tiada butiran penganjur dinyatakan dan tindakan itu dipercayai untuk mengelak daripada dipanggil pihak berkuasa.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menerima sebarang makluman atau permohonan untuk mengadakan program berkenaan.

“Jika ada laporan polis diterima berkaitan perkara ini, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan, individu atau pihak berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasron Nazri berkata, penularan perkara itu tidak sesuai kerana membabitkan penyertaan pada skala besar yang mungkin berbahaya selain memperlihatkan rasa tidak bertanggungjawab pihak berkenaan kerana tidak berani tampil ke hadapan.

Menurutnya, selain hebahan itu terdapat juga penularan mengenai tindakan pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mengadakan kutipan dalam jumlah tertentu bagi membantu pasukan penyelamat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai perkara ini kerana pasukan penyelamat tidak pernah membuat permohonan sedemikian,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Tiada ganjaran pencarian Acap

[UPDATE] 'Acap...mak kat sini...balik nak' [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

'Baliklah Acap, mak masak asam pedas...'

Masih tiada petunjuk

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Disiarkan pada: April 4, 2019 @ 7:05pm
d