mutakhir

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Oleh Amran Yahya

JENAZAH Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, malam ini.

Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir pada 9 malam ini.

Suasana di tanah perkuburan itu penuh syahdu apabila ahli keluarga meratapi pemergian arwah yang mati dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya.

Paling terkesan adalah suaminya, Mohd Udzir Khalid, 40, dan tiga anak perempuan, Khairin Uzma, 14 dan anak kembar, Khairin Daima Hana serta Khairin Damia Hasya yang berusia 10 tahun.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan, Siti Kharini dilihat kali terakhir berada di tempat letak kereta di Hospital Serdang sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu.

Semalam, mayat Siti Kharini ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya oleh pemilik kediaman itu pada 2.30 petang.

Susulan itu, polis sudah menahan menahan lelaki Nigeria, lelaki Pakistan dan wanita Afrika yang berusia antara 30 hingga 38 tahun di Cheras Sentral, hari ini dan semalam.

Berita berkaitan

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Disiarkan pada: May 16, 2019 @ 10:17pm
d