mutakhir

Dua waris mangsa bot terbalik terima pencen penakat [METROTV]

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

"SUDAH 20 tahun suami sudah tidak mencarum dengan Perkeso, kami sekeluarga tidak sangka apabila dimaklumkan masih layak menerima faedah pencen penakat.

"Syukur alhamdulillah, dengan pencen sebanyak RM475 sebulan dapat kami sekeluarga meneruskan kehidupan," kata Rosniwati Abdullah, 50, iaitu isteri kepada Harun Daud, 57, yang maut dalam tragedi bot terbalik di perairan Kemasin, Bachok, 30 Jun lalu.

Harun antara lapan individu yang meninggal dunia akibat tragedi berkenaan akibat ribut kuat dan ombak besar pada 8.30 malam.

Rosniwati berkata, arwah suaminya sebelum ini bekerja di Lembaga Padi dan Beras Negara dan sepanjang tempoh itu dia mencarum dengan Perkeso.

"Awalnya kami sudah tidak memikirkan pencen penakat kerana tahu sudah 20 tahun suami berhenti mencarum. Namun ketika dihubungi oleh pihak Perkeso dan kami layak, hanya Allah saja yang mengetahui perasaan kami.

"Duit peninggalan arwah suami ini sekurang-kurangnya dapat menyara kami sekeluarga terutama dua anak yang masih bersekolah," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Dia berkata, sebelum ini dia dan arwah suami mengusahakan kedai makan di bandar Pasir Mas, namun memutuskan untuk berhenti selepas kehilangan suami dan hanya mengambil tempahan di rumah sahaja.

"Saya tidak sanggup untuk berada di kedai berkenaan kerana kenangan bersama suami sangat kuat. Malah, sebelum ini suamilah yang menjadi tukang masak dan setiap kali saya melihat periuk atau kuali, ingatan saya terlalu kuat terhadap arwah suami.

"Walaupun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, saya perlu kuat demi anak-anak," katanya ketika ditemui di Kampung Padang To'la, Pasir Mas.

Terdahulu, Pengarah Perkeso negeri, Nora Yaacob hadir untuk menyampaikan sumbangan.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad yang menyampaikan sumbangan daripada Tabung Serambi Makkah Kerajaan Negeri sebanyak RM2,000 dan sumbangan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari sebanyak RM1,000.

Sementara itu, Nora berkata, daripada lapan mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu, dua layak penerima pencen penakat iaitu Harun dan Arman Ismail, 43.

"Waris keluarga Harun menerima RM475 sebulan, manakala waris Arman menerima RM871 sebulan.

"Justeru, saya mengingatkan semua yang bekerja supaya tidak memandang ringan isu mencarum dengan Perkeso, kerana manfaatnya besar kepada keluarga," katanya.

Berita berkaitan

  • 'Ayang tunggu ni, semua sayangkan Abe'
  • Bot terbalik: Mayat terakhir ditemui
  • Bot terbalik: Jantung bagaikan terhenti lihat jasad abang [METROTV]
  • Bot terbalik: Mayat ketujuh ditemui [METROTV]
  • Anggota penyelamat, keluarga mulai keletihan
  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 3:23pm
    d