utama

Md Rayhan Kabir diburu Imigresen

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Alamat terakhir dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.

Untuk itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.

Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Disiarkan pada: July 7, 2020 @ 12:54pm
    d