mutakhir

Jenazah Azalan tiba petang esok

Oleh Faliq Lajim

JENAZAH Azalan Miswan, kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Turki, petang esok.

Azalan, 50, meninggal dunia kelmarin, selepas terbabit kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke Kedutaan Malaysia di Ankara pada 2.00 pagi waktu Turki, hari ini.

Katanya, jenazah sudah siap dimandi, dikafan dan disolat jenazah oleh pihak mengurus di sana.

“Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Istanbul untuk urusan membawa pulang ke tanah air, ditemani isteri dan anaknya. Mereka dijangka berlepas esok pada 1.30 pagi waktu Turki.

“Untuk itu, jangkaan ketibaannya di KLIA adalah 6.30 petang waktu Malaysia esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahfizul Rusydin berkata, sebaik tiba, jenazah dijangka akan dibawa ke Surau An-Nur, Seksyen 20 Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas waktu Isyak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Dalam kejadian itu, bas dinaiki Azalan bersama 35 rakyat Malaysia terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

Berita berkaitan

'Bas terhuyung-hayang sebelum terbabas dan terbalik'

'Masih bincang kebumi di Turki atau Malaysia'

Azmin ucap takziah

'Tiada lagi kawan lumba ke surau'

[UPDATE] Waris masih tunggu maklumat susulan

Identiti rakyat Malaysia maut di Turki dikenal pasti

[UPDATE] Saya doakan mereka selamat

[UPDATE] PKNS tunggu maklumat kemalangan di Turki

Jenazah Azalan akan dibawa pulang

Disiarkan pada: October 18, 2019 @ 5:33pm
d