mutakhir

Mangsa lemas kedua ditemui

Oleh Rosli Ilham

MAYAT kedua daripada empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, ditemui pada 11.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mayat Muhammad Ikhwan ditemui dalam jarak 8 kilometer dari Pantai Teluk Bidara.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung sebelum dibawa menaiki bot penyelamat ke pangkalan nelayan Kampung Seberang Pintasan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum itu, mayat Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi.

Mayat Zul Fahmi yang siap dikafan dan dimandikan di Bilik Forensik Hospital Dungun sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan ke Tanah Perkuburan Islam Geliga, Kemaman.

Berita berkaitan

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 12:37pm
d