mutakhir

Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari

Oleh Asrol Awang

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang melakukan siasatan terhadap Al Jazeera sama ada agensi berita antarabangsa itu mendapat lesen dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu bagi mendapat pengesahan bahawa agensi berita itu membuat permohonan atau tidak sebelum menjalani penggambaran dokumentari itu.

Katanya, ini kerana lesen kebenaran bagi penggambaran dokumentari atau filem perlu mendapat kelulusan dan dikeluarkan Finas.

"Bagi Finas, jika Al Jazeera mempunyai lesen, mereka tidak berdepan masalah tetapi jika tiada, mereka bakal berdepan risiko termasuk kad akreditasi dibatalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian Nation of Women (NOW) Pahang di Kuantan, hari ini.

Perasmian NOW Pahang disempurnakan oleh Presiden NOW, Haniza Mohamed Talha.

Pada 3 Julai lalu, dokumentari Al Jazeera bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' berdurasi 20 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap Pati ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani pandemik Covid-19.

Susulan penyiaran yang didakwa berat sebelah dan tidak adil, polis memulakan siasatan terhadap Al Jazeera, malah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar media antarabangsa itu menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

Berita berkaitan:

  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Disiarkan pada: July 19, 2020 @ 7:04pm
    d