mutakhir

Md Rayhan masih bawah tahanan JIM

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PEGUAM kepada lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kelmarin akan cuba bertemu anak guamnya di Ibu Pejabat JIM di Putrajaya, esok.

Peguam K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja yang dilantik sebagai peguam bela kepada Md Rayhan sudah menulis surat kepada JIM melalui emel untuk bertemu dengan anak guam mereka pada 2 petang.

Sumitha berkata, pihaknya dimaklumkan anak guam mereka, Md Rayhan masih berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bukannya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami sudah menulis surat kepada JIM melalui emel hari ini bagi memaklumkan untuk bertemu anak guam esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan dua peguam yang mewakili Md Rayhan yang akan bertemu anak guamnya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, esok.

Bagaimanapun selepas menerima maklumat Md Rayhan masih berada dalam tahanan JIM, mereka kemudian menukar tempat pertemuan di JIM Putrajaya.

Terdahulu, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • Peguam jumpa Md Rayhan esok
  • Tindakan sewajarnya diambil terhadap Md Rayhan
  • 'Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu' - Md Rayhan
  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 4:39pm
    d