mutakhir

13 polis ditahan terbabit kes dadah

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Seramai 13 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah ini ditahan selepas terbabit kes dadah dalam tempoh dua tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sepanjang tahun lalu tiga anggota ditahan bawah akta kesalahan dadah termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pada tahun ini, 10 anggota dan bekas anggota ditahan berkaitan kesalahan sama. Malah ada yang ditahan selepas positif ujian saringan air kencing.

"Berani buat, berani tanggung dan tiada maaf bagimu bagi anggota polis yang terbukti melakukan kesalahan (kes) dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, daripada jumlah sama ada tiga anggota dan bekas anggota yang ditahan bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

"Kita tidak pernah kompromi walau suspek membabitkan orang luar atau dalam dan kita siasat ikut akta sama, jika terbukti (suspek) dituduh di mahkamah.

"Kita juga sudah mengambil tindakan termasuk menahan kerja bagi anggota yang didapati bersalah," katanya.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana jawatan yang kosong itu dapat diisi atau dipangku oleh pegawai lain supaya urusan kerja tidak terganggu.

Perlu operasi bersepadu banteras dadah, judi

Bersihkan Langkawi daripada unsur negatif - PPMM

Siasatan kes dadah di Langkawi dibuat secara menyeluruh

Lindungi sindiket dadah: Dua polis ditahan

Langkah drastik atasi kartel di Langkawi

Bebaskan bumi Langkawi dari dadah

'Jangan tuding jari pada satu pihak' - Ketua Pengarah AADK

PDRM jamin siasat kes dengan telus - Ketua Pengarah AADK

Rakyat sedang perhatikan kita!

Pegawai penyiasat didapati cuai

Dua lagi tokan dadah Bukit Malut ditahan

Pablo Escobar Langkawi: Polis lawat semula lokasi kejadian

Polis klasifikasi kematian Pablo Escobar Langkawi kes bunuh

PDRM jamin siasat kes dengan telus

Disiarkan pada: October 20, 2020 @ 6:07pm
d