mutakhir

Tak akan hentikan tindakan di Bukit Malut

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: "Kita tidak akan berkompromi jika ada yang bersekongkol dengan sindiket, bukan saja di Bukit Malut bahkan membabitkan kes lain juga kita akan ambil tindakan," kata Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan.

Menurutnya, kes di Bukit Malut, Langkawi itu sudah lama berlaku dan pihaknya tidak akan berhenti dalam mengambil tindakan terhadap kegiatan penagihan serta pengedaran dadah di kawasan itu.

Katanya, pihaknya tidak dapat memberi jaminan mampu menghapuskan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di Bukit Malut itu, namun tindakan akan sentiasa dilakukan untuk mengurangkan aktiviti itu.

"Orang awam menganggap apabila mereka beri maklumat, polis akan terus ambil tindakan tetapi sebenarnya kita perlu siasat dahulu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Menurutnya, selepas pendedahan berterusan media berkaitan aktiviti dadah di pulau itu, pihaknya memberi tumpuan dalam memperoleh maklumat.

Katanya, beliau sentiasa mengingatkan anggota dan pegawainya supaya tidak terbabit dengan sindiket jenayah kerana hukuman berat menunggu mereka jika terbukti.

Harian Metro pada 4 September lalu, mendedahkan kes kematian tiga beranak akibat kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Langkawi pada 2019, mempunyai kaitan dalam rangkaian pengedaran dadah antara terbesar di pulau peranginan itu.

Berikutan pendedahan itu, Bukit Aman bertindak mengklasifikasikan semula kematian Mohd Nahar Suhami, 39, isterinya, Nor Suhaila Ahmad, 41, dan anak lelaki mereka, Mohd Naufal Mohd Nahar, 6, sebagai kes bunuh.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim turut memaklumkan, seramai 13 anggota polis di daerah itu ditahan kerana terbabit dengan dadah dalam tempoh dua tahun.

Berita berkaitan

Perlu operasi bersepadu banteras dadah, judi

Bersihkan Langkawi daripada unsur negatif - PPMM

Siasatan kes dadah di Langkawi dibuat secara menyeluruh

Lindungi sindiket dadah: Dua polis ditahan

Langkah drastik atasi kartel di Langkawi

Bebaskan bumi Langkawi dari dadah

'Jangan tuding jari pada satu pihak' - Ketua Pengarah AADK

PDRM jamin siasat kes dengan telus - Ketua Pengarah AADK

Rakyat sedang perhatikan kita!

Pegawai penyiasat didapati cuai

Dua lagi tokan dadah Bukit Malut ditahan

Pablo Escobar Langkawi: Polis lawat semula lokasi kejadian

Polis klasifikasi kematian Pablo Escobar Langkawi kes bunuh

PDRM jamin siasat kes dengan telus

Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 3:57pm
d