mutakhir

PGA ditembak: Kerajaan Negeri Sembilan ucap takziah

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

"Mendiang adalah anak jati Jempol, Negeri Sembilan dan telah meninggal dunia akibat terkena tembakan ketika bertugas mengawal sempadan negara daripada diceroboh anasir luar.

"Pemergian mendiang Koperal Baharuddin adalah satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut berdoa agar Koperal T Norihan yang turut bertugas bersama mendiang sembuh daripada kecederaan dialami.

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas keselamatan yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan keamanan negara atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan dalam memastikan negara aman dan damai.

"Saya titipkan doa kepada Allah SWT agar anda semua sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat ketika bertugas, insyaAllah, " katanya.

Berita berkaitan

Kejadian tembak ketiga bulan ini [METROTV]

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Disiarkan pada: November 25, 2020 @ 10:44am
d