mutakhir

Sarjan Norihan jalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang

Oleh Audrey Dermawan

Georgetown: Ambulans yang membawa Sarjan Norihan Tari yang ditembak ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, semalam, tiba di Hospital Pulau Pinang jam 9.20 malam tadi.

Difahamkan, Norihan, 39, dibawa ambulans dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar jam 7.40 malam dengan diiringi anggota polis.

Sebuah kereta membawa dua anggota keluarga mangsa tiba jam 9.35 malam.

Norihan dipindahkan bagi menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di perutnya.

Difahamkan Norihan turut menjalani pembedahan di HTF sebelum ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong.

Dalam kejadian 3.10 pagi semalam, anggota Pasukan Gerakan Aam (PGA), Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Norihan parah terkena tembakan pada kanan perut.

Sebelum itu, dua anggota PGA terbabit yang bersenjatakan pistol Walther P99 sempat melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah penyeludup menyebabkan tiga daripada mereka cedera.

Berita berkaitan

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Disiarkan pada: November 25, 2020 @ 10:01pm
d