mutakhir

Sempat lihat kelibat lelaki selepas ditembak

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera selepas terkena tembakan berhampiran Pos M16 Bukit Kayu Hitam dekat sini, semalam dikatakan sempat melihat kelibat lelaki berpakaian gelap berdiri di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ketika kejadian 6.15 petang itu, anggota berusia 26 tahun terbabit sedang melakukan rondaan sendirian dari Perlis ke pos berkenaan dengan menunggang motosikal dan segera meminta bantuan sejurus terasa serpihan peluru mengena perutnya.

Tugasan rondaan itu sempena Ops Wawasan Kedah/Perlis.

"Anggota memakai baju kalis peluru ketika itu, namun disebabkan saiz badannya berisi, serpihan peluru terkena bawah perutnya.

"Dia hanya cedera ringan dan terus mendapatkan bantuan daripada anggota di Pos M16. Bagaimanapun, sebaik mereka tiba semula di lokasi, kelibat lelaki itu sudah tiada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata, laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 8 malam dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Kita tidak menolak berkemungkinan lelaki yang melepaskan tembakan menggunakan senapang angin, ada kaitan dengan penyeludup dari negara jiran. Namun, siasatan lanjut masih berjalan," katanya.

Serangan ke atas anggota itu adalah yang kedua selepas serangan pertama, kelmarin dekat Pos TS9 Padang Besar, Perlis yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dan menyebabkan Sarjan Norihan Tari, 39, parah.

Berita berkaitan

PGA ditembak: Ketua sindiket seludup, tiga individu direman [METROTV]

2 anggota PGA dianugerah Pingat Gagah Berani

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 2:41pm
d