utama

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

Oleh Teo Pei Ying dan Fazrik Kamarudin

JENAZAH Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma akan dibawa pulang ke Palestin untuk dikebumikan di atas permintaan keluarganya.

Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha berkata, pihaknya sudah memulakan proses untuk memindahkan jenazah Fadi ke Gaza, bagaimanapun mengakui ia mungkin mengambil masa.

Beliau berkata, pihak kedutaan sudah berhubung dengan semua pihak yang berkenaan memandangkan jenazah akan melalui Mesir untuk ke Gaza.

"Kami menerima arahan yang jelas daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menguruskan segala perkara berkaitan dan kepulangan Fadi dan keluarganya ke Gaza.

"Kami tidak dapat memberikan waktu yang tepat untuk jenazah dibawa pulang kerana proses autopsi masih berjalan, perbincangan sedang diusahakan dan saya percaya kedutaan Malaysia akan memberikan kerjasama.

"Kemudian kami perlu berbincang dengan kerajaan Mesir memandangkan kami akan membawa jenazah dari Kaherah untuk ke Gaza, ia bukan satu perkara yang mudah, kami perlu mematuhi dan menghormati undang-undang negara yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir di Hospital Selayang, hari ini.

Dalam sidang media yang sama, Anwar turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan proses siasatan.

Selain itu, beliau turut mengesahkan abang Fadi akan tiba di Malaysia petang ini sebagai wakil kepada keluarga Fadi di Palestin bagi menguruskan kepulangannya.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, mangsa yang juga bekerja sebagai pensyarah ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan sebagai berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu kira-kira 6 pagi.

Berita berkaitan

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

Mufti doa Fadi dapat syahid

Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

‘Arwah biasa jadi imam’

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

Disiarkan pada: April 22, 2018 @ 4:44pm
d