utama

Ambil keterangan anak Najib

Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Faris

POLIS Daerah Dang Wangi, hari ini mengambil keterangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di kediamannya di Pavilion Residences di Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.

Sepasukan lima pegawai dan anggota polis dilihat tiba di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 11 pagi dengan menaiki kereta pasukan Proton Preve.

Sumber memberitahu, polis mengambil masa hampir satu jam untuk merakamkan keterangan Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina berhubung laporannya itu.

“Gina membuat laporan polis, malam tadi selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan di kediamannya dan merampas beberapa barangan didakwa sebagai hadiah perkahwinannya.

“Laporan dibuat kepada Polis Daerah Sentul, tetapi siasatan dilakukan oleh Polis Daerah Dang Wangi kerana Pavilion Residences terletak di bawah bidang kuasa polis daerah itu (Dang Wangi),” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi NSTP mengesahkan perkara itu.

Pada 17 Mei lalu, polis melakukan pemeriksaan ke atas tiga unit kediaman di Pavilion Residences yang ada kaitan dengan Najib.

Pihak polis mengesahkan dua daripada tiga unit kediaman diperiksa itu adalah milik anak Najib iaitu Gina dan Mohd Ashman manakala satu unit lagi dimiliki individu bergelar Tan Sri.

Menerusi serbuan ke atas sebuah unit kediaman atas nama Tan Sri terbabit, polis merampas 284 kotak dan 72 bagasi berisi wang tunai serta pelbagai jenis barangan berharga antaranya beg tangan, kasut, jam mewah dan barang kemas.

Dalam pemeriksaan di kediaman Gina pula, polis merampas sebanyak 150 beg tangan berjenama dan beberapa unit jam.

Pemeriksaan dan rampasan itu adalah susulan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib sebelum ini pernah menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan polis menyita barangan peribadi di kediaman kedua-dua anaknya itu.

Antara barangan peribadi Ashman yang dirampas ialah jam tangan dan komputer riba, selain pakaian, kasut serta pakaian bayi milik Gina.

Berita berkaitan

Tiga hari kira RM114 juta [METROTV]

[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Disiarkan pada: May 29, 2018 @ 8:34pm
d