utama

'Selamat jalan wiraku' [METROTV]

Oleh Fitri Nizam dan Zaid Salim

WALAUPUN saling tidak mengenali, orang ramai yang bersimpati dan kagum dengan sifat terpuji serta keberanian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, tidak mahu melepaskan peluang mengikuti majlis pengebumian Allahyarham dan memberi penghormatan terakhir.

Kehadiran lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam dalam keadaan cuaca panas terik itu membuktikan mereka mahu menjadi sebahagian yang mengiringi pemergian wira yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Malah, suasana sedih melihat raut wajah insan kesayangan Abdul Bari yang kehilangan anak tersayang turut meruntun hati orang ramai yang berada di tanah perkuburan itu.

Dalam suasana pilu itu, jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan jam 2.15 petang di tanah perkuburan itu.

Ibu bapa Allahyarham, Mohd Mustafa, 66, dan Masitah Awang, 60, dilihat sugul tetapi tenang menyaksikan upacara pengebumian.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, termasuk Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail dan Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor.

Terdahulu, jenazah Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi menyempurnakan solat jenazah selepas jemaah menunaikan solat Zohor kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Solat jenazah dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Abdul Bari ditemui lemas jam 7.23 pagi tadi di muka kuala Sungai Terengganu, kira-kira 2.5 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang selepas membantu menyelamatkan lima beranak dalam insiden pacuan empat roda Mitsubishi Storm terjunam ke sungai berkenaan, malam kelmarin.

Mayat Abdul Bari ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai.

Berita berkaitan \

'Teringin imamkan solat jenazah Abdul Bari'

'Ini janji Allah...'

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Disiarkan pada: February 10, 2019 @ 3:07pm
d