utama

Md Rayhan mohon maaf, tak berniat sakiti hati rakyat Malaysia

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

"KAMI sudah berjumpa dengan Md Rayhan Kabir dan dia meminta kami menyampaikan permohonan maaf jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan," kata K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja yang dilantik keluarga Md Rayhan sebagai peguam bela dalam satu kenyataan hari ini.

Selvaraja dan Sumitha berkata, setakat ini Md Rayhan memberitahu dia menerima layanan yang baik dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, dia juga meminta supaya memberitahu dirinya memohon maaf berkaitan kenyataannya sebelum ini ketika dalam wawancara itu.

"Dia tidak berniat menyatakan apa-apa untuk menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.

"Apa yang diperkatakannya itu adalah pandangan peribadi dan reaksinya terhadap apa yang dilihatnya mengenai orang yang ditahan ketika Covid-19," katanya.

Katanya, dia ingin pulang apabila mereka mahu menghantarnya secepat mungkin untuk bersama keluarganya.

Sumitha berkata, Md Rayhan juga disoal siasat oleh pegawai polis Bukit Aman dan sudah memberikan 112 kenyataan berhubung pembabitannya dalam video berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan Md Rayhan semalam dan hari ini.

"Keterangan Md Rayhan diambil jam 10 pagi semalam dan disambung hari ini bagi membantu siasatan.

"Perkembangan siasatan akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Rayhan ditahan sepasukan pegawai dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 5.45 petang Jumaat lalu selepas mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing yang disiarkan Al Jazeera dalam dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown.

Rentetan kritikannya itu, Md Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Berita berkaitan:

  • Peguam jumpa Md Rayhan esok
  • Tindakan sewajarnya diambil terhadap Md Rayhan
  • 'Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu' - Md Rayhan
  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 5:22pm
    d