utama

PGA ditembak: Ketua sindiket seludup, tiga individu direman [METROTV]

Oleh M Hifzuddin

Kangar: Seramai empat lagi individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket penyeludupan direman tujuh hari, mulai hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, dekat sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan polis bagi menyiasat semua suspek berusia antara 22 hingga 45 tahun berkenaan.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Semalam, seorang suspek warga Thailand berusia 27 tahun berjaya ditahan di kawasan berbukit di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan FELDA Mata Ayer oleh anggota PGA kira-kira jam 9 pagi.

Susulan itu, polis melancarkan operasi khas bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan dan berjaya menahan tiga lagi suspek warga tempatan berusia 22, 26 dan 45 tahun secara berperingkat di sekitar negeri ini.

Difahamkan, suspek berusia 45 tahun terbabit adalah ketua sindiket yang aktif dalam kegiatan penyeludupan ketum dan dadah termasuk mempunyai kaitan dengan kumpulan di negara jiran.

Semalam, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memaklumkan, pihaknya sedang berusaha memburu rangkaian kumpulan penyeludup termasuk dalang utama seorang lelaki warga tempatan. Sehingga kini, seramai 22 individu termasuk empat warga Thailand ditahan berikutan kejadian serangan yang menyebabkan seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah.

Berita berkaitan

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 12:32pm
d