mutakhir

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob; Teo Pei Ying dan Fazrik Kamarudin

SUSPEK yang melepaskan hampir 20 das tembakan ke arah warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh berpotensi melarikan diri melalui enam lokasi dikenal pasti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek melarikan diri melalui Jalan Meranti, Setapak di sini sejurus kejadian.

"Siasatan dijalankan polis mendapati laluan yang berpotensi dilalui suspek adalah Jalan Genting Klang, Jalan Gombak, Jalan Ibu Kota, Jalan Langkawi, kawasan Danau Kota dan Kawasan Wisma Ong Tai Kim.

"Kedua-dua suspek dilihat menaiki motosikal berkuasa tinggi model BMW GS atau Kawasaki Versys berwarna gelap, mempunyai cermin ‘windshield’ dan mempunyai kotak menyimpan barang di bahagian belakang motosikal," katanya.

Beliau berkata, suspek memakai jaket dan topi keledar berwarna gelap selain kedua-duanya membawa beg galas ketika kejadian.

"Usaha menjejaki suspek masih dijalankan berdasarkan maklumat dikumpulkan polis setakat ini," katanya.

Berita berkaitan

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Disiarkan pada: April 23, 2018 @ 10:01pm
d