mutakhir

3 suspek buang sisa bahan kimia ditahan

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

DUA pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan disyaki terbabit dalam pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Semua lelaki berusia antara 40-an dan 50-an itu ditahan malam tadi dan tengah hari ini di dua kilang berasingan dekat Kulai dan Taman Pasir Putih.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, seorang pemilik kilang memproses bahan kimia ditahan kira-kira 7 malam tadi di Kulai.

“Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kita menahan seorang pemilik kilang barangan lusuh di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dengan seorang pekerjanya,” katanya ketika membawa media ke satu daripada kilang tempat suspek ditahan di Pasir Gudang, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

Mohammad Ezanni berkata, serbuan pertama di Kulai dibuat JAS dan polis selepas memperoleh laporan kimia daripada sampel bahan kimia yang diambil dari Sungai Kim Kim.

“Selepas mendapat hasil laporan kimia itu, kita mencari kilang yang memproses jenis bahan kimia berkenaan dan menyerbu sebuah kilang di Kulai.

“Hasil pemeriksaan, bahan kimia di kilang itu sepadan dengan bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim. Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan kimia sampel bahan yang diambil di kilang. Kita menahan pemilik kilang untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pihaknya mendapat maklumat tentang sebuah lagi kilang dan terus menyerbu kilang berkenaan tengah hari tadi.

“Ketika diserbu, kita menemui sejumlah sisa bahan kimia berjadual yang dibungkus dan apabila ditanya, suspek mengaku ia untuk dibuang.

“Apabila ditanya hendak dibuang di mana, dia hanya tunjuk depan sana dan kita mengesyaki mereka mungkin ingin membuangnya di sungai, malam ini.

“Maka, kita menahan mereka untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan

Pencemaran gas: Dua sekolah diarah kosong semula

Pencemaran gas: Sekolah dibuka semula

Kakitangan HSI stabil

Sekolah terjejas pembuangan sisa kimia dibersihkan [METROTV]

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 3:49pm
d