mutakhir

'Saya hilang anak kesayangan'

Oleh Rosli Ilham

“SEDIH memang sedih kerana saya masih belum puas bermanja dengannya namun saya reda Allah terlebih dulu mengambilnya," kata Zulkiflee Zakaria, 52, selepas mayat anaknya ditemui hari ini.

Anaknya, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jarak dua kilometer tidak jauh dari dari tempat dia dilaporkan hilang.

Zulkiflee berkata, selain Amir, dia mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 14 tahun.

"Mereka berdua adalah anak kesayangan saya dan isteri, Rohani Ariffin, 40. Kehilangan Amir amat kami rasai.

“Ujian ini amat berat yang saya terima namun saya perlu reda mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun.

Menurutnya, hatinya sangat risau selepas penemuan mayat tiga rakan anaknya itu dan dia sentiasa berdoa supaya mayat anaknya itu segera ditemui.

"Selepas penemuan mayat pertama, saya memandu kereta ke pantai Sura Tengah dan saya ke hulu ke hilir bergerak di sepanjang 12 kilometer pantai itu dengan harapan anak ditemui di lokasi yang sama.

"Apabila dimaklumkan penemuan mayat kedua dan ketiga, saya bergegas ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk membuat pengecaman namun bukan Amir," katanya.

Katanya, ketika itu hatinya diselubungi keresahan memandangkan semua mayat dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

"Saya berusaha termasuk meminta keluarga di Melaka dan Jengka untuk mengadakan solat hajat supaya Amir lekas ditemui,” katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya pulang semula ke Bilik Gerakan Operasi Pencarian di Teluk Bidara Seberang Pintasan sebelum dimaklumkan penemuan mayat Amir.

Katanya, jenazah dikebumikan di Felda Jengka Empat.

Zulkiflee berkata, dia mewakili semua ahli keluarga mangsa lemas mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

"Terima kasih kepada anggota polis, bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Maritim Malaysia, RELA, penduduk kampung serta pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) serta PAS Dungun yang banyak membantu termasuk menyediakan tempat penginapan.

“Saya sangat menghargai kerjasama penduduk yang menyediakan makan minum dan memberi sokongan yang tidak putus-putus," katanya.

Berita berkaitan

Camar laut jadi petunjuk kedudukan mayat

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 9:26pm
d