utama

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Oleh Fazrik Kamarudin

MENTERI Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Menurut laporan portal berita Palestin News Network, Lieberman berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.

“Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan,” katanya.

Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, turut berkongsi pandangan yang sama berkata, pihaknya tidak akan membenarkan mayat Fadi dibawa pulang ke Gaza, kecuali pihak Hamas bersetuju untuk memulangkan dua mayat tentera dan dua rakyat Israel yang didakwa ditahan oleh Hamas.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu, Fadi yang berasal dari bandar Jabalia di utara Gaza maut ditembak dua suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau tidak jauh dari pintu masuk hadapan sebuah kondominium di Setapak.

Pihak Kedutaan Palestin dan keluarga Fadi dilaporkan dalam proses membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza untuk dikebumikan dan kini menunggu kelulusan daripada kerajaan Mesir.

Berita berkaitan

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Disiarkan pada: April 23, 2018 @ 8:15pm
d