utama

Suspek bunuh Siti Kharina bakal didakwa

Oleh BERNAMA

POLIS sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, dan merujuk kepada pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis menyerahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan masa untuk mendakwa suspek.

“Daripada tiga, kita akan dakwa seorang sahaja secepat mungkin. Yang lain akan jadi saksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Medina Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini, berhubung perkembangan kes pembunuhan itu.

“Masih ada reman lagi, kalau DPP (timbalan pendakwa raya) kata boleh dakwa esok, kita dakwa esoklah. Kalau tidak Isnin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai motif pembunuhan itu, Noor Azam berkata suspek yang ditahan masih enggan mendedahkannya tetapi polis sudah memperolehi ‘bukti nyata’ berkaitan kes berkenaan.

Hari ini, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan tempoh tahanan reman seorang lelaki warga Nigeria disambung tujuh hari berkuat kuasa esok hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina. Sebelum ini, warga Nigeria berusia 36 tahun itu direman seminggu bermula 17 Mei.

Selain lelaki Nigeria berkenaan, turut ditahan susulan penemuan mayat Siti Kharina ialah seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung tujuh hari mulai hari ini hingga 29 Mei.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.

Berita berkaitan

UPDATE] Reman suspek kes bunuh Siti Kharina dilanjut[METROTV]

Reman suspek kes pembunuhan Siti Kharina dilanjut

Siti Kharina kenal suspek

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman

Tragedi jururawat [METROTV]

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 10:05pm
d