global

'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

“TOLONG bawakan berita yang baik tentang anak saya,” itu rayuan Mohammad Sayeeduddin bapa kepada Farhaj Ashan, 30, yang masih belum diketahui nasibnya selepas insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, semalam.

Mohammad Sayeeduddin berkata, anak lelakinya itu keluar dari rumah di Christchurch pagi semalam untuk menunaikan solat Jumaat, namun tiada sebarang berita diketahui selepas insiden berkenaan.

Menurutnya, mereka sekeluarga kini buntu memikirkan nasib anaknya kerana tiada maklumat atau komunikasi antara mereka sebaik berita mengenai kejadian itu tersebar.

“Dia keluar pagi semalam untuk menunaikan solat Jumaat seperti kebiasaan, namun sebaik kejadian itu berlaku kami tidak menerima sebarang maklumat atau berita daripadanya.

“Saya sudah menghubungi isterinya, namun dia juga tidak mengetahui nasib suaminya,” katanya yang berada di Hyderabad, India, kepada portal berita NZ Herald.

Farhaj yang juga jurutera perisian mempunyai anak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tiga tahun dan tujuh bulan.

Dia sebelum itu melanjutkan pengajian di Universiti Auckland pada 2010 sebelum menetap di Christchurch.

Mohammad Sayeeduddin memaklumkan, dia turut mendapatkan bantuan daripada Ahli Parlimen tempatan selain masih menanti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa New Zealand.

Semalam, jemaah Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand, ditembak lelaki warga Australia yang dikenali sebagai Brent Tarrant.

Sehingga kini, 49 individu disahkan maut manakala 48 lagi cedera dalam dua insiden berasingan itu.

Berita berkaitan

Pelajar kita diminta berwaspada

Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin

Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 4:27pm
d