mutakhir

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

PENGGANAS yang menyerang Masjid Al Noor, Christchurch, Brendon 'Breivick' Tarrant adalah warga Australia berfahaman far-rightwing extremists iaitu satu fahaman radikal Neo-Facism.

Menurut Profesor Pelawat, Pusat Kajian Timur-Barat University of Hawaii, Honolulu, Amerika Syarikat (AS), Mizan Aslam, golongan fahaman radikal itu wujud selepas perang dunia kedua yang mengambil roh Nazism.

Kata Mizan, golongan terbabit adalah ekstrem kerana mereka berpaksikan ultranasionalism iaitu mempromosikan kepentingan negara dan bangsa melebihi segalanya.

"Mereka juga mengutamakan kepentingan bangsa atau etnik (racial-supremacy), kerajaan autokratik dan menyekat kebebasan berpolitik.

"Selain itu, golongan fahaman radikal itu juga mengutamakan kepentingan politik kaum natif, mengutamakan kepentingan berasas kaum, memperjuangkan golongan bawahan dan menolak imigrasi," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Mizan lagi, meskipun banyak media barat menyatakan ia adalah serangan penembak bersenjata tetapi apa yang jelasnya insiden itu adalah serangan pengganas.

Ini kerana kata Mizan, ciri-ciri serangan dan fahaman Tarrant jelas membuktikan dia adalah pengganas.

Justeru adalah tidak adil jika mengaitkan pengganas dengan Islam semata-mata kerana ia wujud merentasi agama, etnik dan negara.

Katanya, manifesto Tarrant berjumlah 74 muka surat yang dimuatnaik sebelum serangan itu juga menunjukkan dia membenci Islam kerana menganggap imigran mengambil tanah tumpah darah mereka.

"Islam juga dianggap mempunyai kadar kelahiran tinggi yang akan menguasai negara mereka selain faktor dendam atas serangan pengganas di Eropah, penjajahan umat Islam dan Turki serta pembebasan Hagia Sophia di Istanbul Turki.

"Paling nyata, Tarrant turut meletakkan nama ‘tengah’ Breivick, iaitu inspirasi daripada Andrei Brevick yang berfahaman Neo-Nazi dan White Supremacy.

"Beivick melakukan serangan di Sweden dan Pulau Utoya yang membunuh 77 orang pada 22 Julai 2011, modus operandi yang hampir sama digunakan oleh Tarrant," katanya.

Mizan bagaimanapun menjelaskan bahawa, sifat ekstrem itu boleh wujud dalam diri sesiapa sahaja termasuklah di Malaysia jika tidak dibendung dengan sebaiknya.

Katanya, kelompok berfahaman ekstrem itu tidak perlu ramai, seorang sahaja mencukupi kerana kerosakan yang dilakukan adalah amat ketara.

"Golongan fahaman radikal itu adalah pengganas dan objektif mereka jelas iaitu menyampaikan mesej atau objektif yang digariskan, menimbulkan ketakutan kepada masyarakat umum dan menyebabkan kematian serta kemusnahan besar.

"Namun, apa yang lebih ditakuti adalah tindak balas daripada radikal Muslim sama ada di New Zealand mahupun di Eropah atau AS.

"Jika ia berlaku, permusuhan dan kebencian akan terus wujud sekaligus mendorong ke arah perbuatan ‘terrorisme’ selain menyebabkan isu keganasan kekal relevan pada masa akan datang," katanya.

Berita berkaitan

Suspek pengganas di dakwa

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 10:18am
d