mutakhir

Agong kutuk serangan masjid di Christchurch

Oleh BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengutuk serangan terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan banyak nyawa, dan melahirkan rasa sedih terhadap kedua-dua kejadian itu.

Baginda berharap penjenayah itu akan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Baginda amat bersedih dengan kejadian tembakan yang dilaporkan berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch yang meragut 49 nyawa,” menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Panglima Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Seri Paduka mengutuk tindakan yang tidak masuk akal terhadap orang awam yang tidak berdosa dan berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan. Ingatan dan doa kami kepada mereka yang berdukacita atas kehilangan orang tersayang,” menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong juga berharap dan mendoakan kesembuhan segera rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian tembakan itu.

Kementerian Luar semalam mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian tembak-menembak itu.

Bagaimanapun, dilaporkan bahawa ada rakyat Malaysia ketiga yang cedera dalam insiden yang dilabel oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai keganasan.

Berita berkaitan

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 11:54am
d