mutakhir

Wan Azizah, Anwar menghadap Agong hari ini [METROTV]

Oleh BERNAMA

DESAS-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara semalam belum berakhir dan isu itu dijangka berterusan hari ini.

Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini, antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 2 petang.

Selain itu, DAP, satu daripada parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan, juga dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar susulan perkembangan politik terbaru itu di ibu pejabat parti berkenaan di ibu negara.

Semalam, beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang hadir dalam satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, mencetuskan tanda tanya mengenai tujuan mesyuarat itu diadakan.

Sebelum itu, beberapa mesyuarat berasingan membabitkan beberapa parti politik di tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara.

Pemimpin parti mengunci mulut mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup, di ibu negara dan Petaling Jaya yang menarik perhatian media.

Terdahulu semalam, UMNO mengadakan mesyuarat majlis tertinggi khas selama dua jam dari 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bersatu juga mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dipengerusikan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan mengulas ketika Perdana Menteri berusia 94 tahun itu diserbu semasa beliau meninggalkan premis itu.

Beberapa Ahli Parlimen dari parti politik di Sabah dan Sarawak juga mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Suasana di Istana Negara juga sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana sejak 5.30 petang, sesetengahnya diiringi polis pengiring.

Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana dua jam kemudian.

Anwar dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi berkata, pihaknya sedang menunggu maklumat mengenai apa yang beliau anggap sebagai satu percubaan menubuhkan sebuah kerajaan baharu.

Berita berkaitan

'Mungkin lantik dua atau lebih TPM

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 8:46am
d