mutakhir

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, mengedarkan gambar sebenar seorang daripada suspek yang menembak mati pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UniKL BMI), Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, dalam kejadian subuh, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang media di Bukit Aman hari ini berkata, gambar sebenar itu berjaya diperoleh ekoran penemuan motosikal digunakan dua suspek berkenaan yang ditinggalkan berhampiran Tasik Danau Kota, semalam.

"Menerusi penemuan motosikal digunakan suspek yang ditinggalkan sejak Sabtu lalu di Tasik Danau Kota, iaitu selepas mereka menembak mati Fadi, PDRM berjaya mendapatkan gambar sebenar seorang daripada suspek.

"Kita percaya, kedua-dua suspek masih berada di negara ini dan kita berharap agar orang ramai yang melihat serta mempunyai maklumat mengenai mereka dapat menyalurkannya kepada polis," katanya.

Mohamad Fuzi berkata, menerusi maklumat diterima, dua suspek berkenaan dipercayai masuk ke negara ini sejak penghujung Januari lalu menggunakan identiti palsu.

Malah, ketika ditanya sama ada suspek adalah ejen perisikan Mossad, beliau berkata polis tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dua suspek terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunakan identiti palsu, malah, kita tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai kemahiran dalam ketenteraan," katanya.

Menurut Mohamad Fuzi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek berkenaan boleh menghubungi pengawai penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Salleh di talian 017-7134705 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Berita berkaitan

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Disiarkan pada: April 25, 2018 @ 11:17am
d