mutakhir

Mohd Haziq masih hilang

Oleh Zanariah Abd Mutalib

“SATU rakyat Malaysia masih hilang dan usaha untuk mencarinya sedang berjalan,” kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan, hari ini, susulan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam.

Saifuddin berkata, sehingga jam 3 petang hari ini, tiga rakyat Malaysia cedera dalam insiden berkenaan dan kesemua mereka sedang dirawat di hospital.

“Dua pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington kini berada di Christchurch, manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala), Kementerian Luar akan berangkat hari ini untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, pada sidang media di Kuantan, hari ini, Saifuddin menjelaskan tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang, Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan serta Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah.

Dua lagi rakyat Malaysia yang juga dua anak kepada Mohd Tarmizi, iaitu Mohd Haziq, 17, masih belum ditemui selepas melarikan diri ketika kejadian, manakala Mohd Haris, 12, dirawat di hospital kanak-kanak kerana trauma.

Dalam pada itu, Wisma Putra hari ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri New Zealand, Winston Peters bagi menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat negara itu.

Ucapan takziah itu juga ditujukan kepada mangsa dan keluarga yang terbabit dalam insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, semalam.

Saifuddin yang bercakap dengan Peters turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan New Zealand atas tindakan pantas mereka memulihkan ketenteraman di kawasan yang terjejas dan memudahkan rawatan perubatan untuk mangsa.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya turut menyampaikan mesej takziah kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, semalam,” katanya.

Saifuddin turut mengutuk kenyataan Senator Fraser Anning dari Australia yang menyalahkan serangan maut pengganas semalam disebabkan fanatik Muslim, dasar penghijrahan New Zealand dan Islam.

“Kenyataannya menafikan realiti bahawa tembakan di Christchurch adalah tindakan pengganas terhadap orang Islam yang tidak bersalah di tempat suci mereka, yang pelaku adalah seorang ekstremis dan organisasi politik sayap kanan.

“Kenyataannya juga menafikan bahawa tembakan itu itu tidak wajar dan pada dasarnya adalah jenayah oleh pembunuh yang didorong rasa fanatik serta kebencian melampau terhadap umat Islam yang berhijrah,” katanya.

Saifuddin menegaskan, walaupun kenyataan Anning tidak mencerminkan pandangan kerajaan Australia, namun ia tidak bertanggungjawab dan keterlaluan, yang boleh mencetuskan lebih banyak jenayah terhadap umat Islam di seluruh dunia.

“Dalam tempoh kegelapan dan kebencian terhadap kemanusiaan ini, Malaysia berdiri bersama Ardern dan kerajaannya dalam mengutuk semua keganasan dan memimpin jalan ke arah kedamaian serta keharmonian antara manusia, melalui dialog rasional, wacana dan integrasi aman antara manusia berlainan bangsa, agama dan negara,” katanya.

Berita berkaitan

Pecah telur di kepala senator [METROTV]

Milo Yiannopoulos dihalang memasuki Australia

'Cucu saya trauma'

'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'

Pelajar kita diminta berwaspada

Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin

Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Disiarkan pada: March 16, 2019 @ 8:41pm
d