mutakhir

Rakyat tunggu dan lihat...

Oleh BERNAMA

RAKYAT sedang menunggu dan melihat perkembangan politik tanah air hari ini bagi mencari jawapan terhadap desas-desus berhubung pengaturan semula landskap politik negara.

Setakat 10 pagi hari ini, belum ada pengumuman atau sidang media bagi menjelaskan perkara itu.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara 2 petang nanti, manakala DAP pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat di ibu pejabatnya di di sini pada 11 pagi.

Semalam, perkembangan politik tanahair menyaksikan beberapa pemimpin dari Bersatu, PKR, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak, dan Warisan, masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya, membuatkan timbul spekulasi ia dipercayai ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.

Ini ditambah kenderaan membawa puluhan pemimpin itu kelihatan memasuki kawasan Istana Negara pada sebelah petang semalam.

Desas-desus itu bertambah hangat pada sebelah malamnya apabila ada pemimpin dari Bersatu, PKR, UMNO, MCA, MIC dan PAS menghadiri satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada pukul 8.50 pagi.

Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Kenderaan membawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula kelihatan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra pada 9.26 pagi.

Berita berkaitan

Maria tolak pensejajaran kerajaan baharu

Wan Azizah, Anwar menghadap Agong

Mungkin lantik dua atau lebih TPM

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 10:32am
d