mutakhir

Mereka sangat bermotivasi tinggi - Rakan

Oleh BERNAMA

EMPAT penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang ditemukan lemas dalam tragedi di Pantai Teluk Bidara, Dungun, disifatkan sangat ceria dan bermotivasi tinggi.

Penuntut Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), PSMZA, Mohammad Ikram Haziq Mohd Zolkifli, 21, berkata, keempat-empat mereka sangat ringan tulang dan suka membantu rakan lain yang dalam kesusahan.

Menurutnya, dia paling rapat dengan Allahyarham Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee kerana sering memberi motivasi kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam sukan silat olahraga.

“Tahun lalu mengalami kecederaan, namun dialah individu yang paling banyak memberi sokongan supaya saya tidak mengalah.

“Dia sering menceritakan impiannya untuk mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa dalam kejohanan silat, namun semuanya sudah berakhir... Hanya tinggal motivasi yang begitu positif buat saya,” katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun, hari ini.

Allahyarham yang berasal dari Air Keroh, Melaka, adalah atlet silat olahraga dan akan mewakili Melaka dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor, Julai ini.

Dalam kejadian 6.30 petang, Jumaat lalu, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi Zuki; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin, kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.

Dua daripada mangsa iaitu Muhamad Luqman Hakim dan Muhammad Zul Fahmi adalah penuntut jurusan Kejuruteraan Pembuatan Teknikal, manakala Muhammad Ikhwan dan Mohamad Amir adalah penuntut jurusan Kejuruteraan Automotif.

Seorang lagi penuntut, Mohamad Faiz Ismail berkata, kehilangan empat sahabatnya itu sangat dirasai memandangkan hubungan kesemua mereka sangat akrab dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.

“Sejak dulu lagi, kalau ada masalah, mesti mereka semua sedia menolong... contohnya motosikal kawan tak cukup minyak, kami akan berkongsi duit untuk bantu.

“Sebenarnya, ketika kejadian Jumaat lalu, kebanyakan penuntut pulang ke rumah bercuti hujung minggu, namun semuanya sepakat datang ke lokasi kejadian untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Mayat kesemua mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat antara jam 7.30 pagi hingga 3 petang hari ini.

Berita berkaitan

Camar laut jadi petunjuk kedudukan mayat

'Status WhatsApp pelik terjawab'

Mangsa terakhir ditemui di tengah laut

Tanda lahir di pinggul sahkan mangsa ketiga [METROTV]

Mangsa lemas kedua ditemui

Seorang jumpa, tiga lagi masih hilang

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 7:37pm
d