mutakhir

Pemimpin DAP takkan tinggalkan negara - Kit Siang

Oleh Farah Marshita Abdul Patah

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang, menegaskan yang semua pemimpin parti itu tidak akan meninggal negara ini, lapor BH Online.

Malah beliau mendakwa, semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak akan lari, malah akan terus berjuang untuk menyelamatkan negara.

“Kita tidak mahu Malaysia kembali menjadi sebuah negara kleptokrasi.

“Saya terbaca satu kenyataan dalam media sosial yang tidak bertanggungjawab, meminta semua pemimpin DAP, PKR dan Amanah untuk lari dan meninggalkan negara ini.

“Kita adalah pejuang negara. Misi kita adalah untuk memastikan Malaysia tidak menjadi kleptokrasi global,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desas desus pembentukan politik baharu negara.

Tambah Kit Siang lagi, tujuan utama politik adalah untuk membawa kebaikan kepada rakyat.

“Politik adalah amanah dan ia perlu dihormati.

“Kita mahu Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan bukannya ditadbir oleh penjenayah dan penyangak serta menjadi kakistokrasi,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Kit Siang tiba untuk menyertai mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Pudu, kira-kira 11 pagi ini.

Sebelum ketibaan Kit Siang, beberapa pemimpin utama parti itu seperti Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, tiba lebih awal.

Berita berkaitan

Tunggu titah, keputusan Agong - AMANAH

Istana Negara jadi tumpuan

Temui Tun M di Mines...?

Maria tolak pensejajaran kerajaan baharu

Wan Azizah, Anwar menghadap Agong

Mungkin lantik dua atau lebih TPM

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 12:13pm
d