mutakhir

Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah dia

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

JENAZAH Muhammad Fahmie Abdullah, 11, pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat selamat dikebumikan pada 9 malam di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Sikamat, Seremban, semalam.

Jenazah Allahyarham tiba pada 8.40 malam, selepas ditayamum, dikafankan dan disembahyangkan bersama 22 mangsa di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hampir 200 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan keluarga arwah termasuk pelajar tahfiz sekitar daerah ini hadir di tanah perkuburan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Doa dan talkin diketuai Imam Masjid Kariah Paroi Jaya, Raza Mohd Zain.

Sebelum ini arwah menuntut di Pondok Aliah, Jalan Sikamat, Seremban selama dua tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz berkenaan.

Ibunya Noor Azlina Bakry, 36, berkata, “Selepas ayahnya meninggal dunia 21 Ogos lalu arwah liat menyambung pengajian di pusat tahfiz terbabit disebabkan tidak sedap hati selain tidak mahu berjauhan dengan keluarga.

"Dia ingin menyambung pengajian di pusat tahfiz di negeri ini namun saya mengarahkan untuk teruskan pengajian di sana," katanya.

Noor Azlina berkata, anak sulung itu mahu menyambung pengajian di tempat lamanya di Pondok Aliah, Jalan Sikamat, Seremban.

"Saya mengarahkan dia agar meneruskan pengajian di tempat baru kerana mempunyai sistem pembelajaran lebih baik sebelum dia akur.

"Sejak itu, dia sering menghubungi neneknya yang dipanggil sebagai emak dan dia juga amat rapat dengan arwah datuknya dan memanggilnya abah sejak kecil," katanya.

Berita berkaitan

RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta

Pakai jubah putih bersama

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Disiarkan pada: September 16, 2017 @ 12:36am
d