mutakhir

[UPDATE] Jenazah Fadi selamat tiba di Gaza

Oleh BERNAMA

JENAZAH Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan ke Kaherah, Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selamat tiba di Gaza, Palestin, pada 10.40 malam tadi waktu Malaysia.

Difahamkan, jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kaherah dengan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines pada 7.30 malam tadi sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.

Ketua Pegawai Ekssekutif, Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, perjalanan membawa jenazah Fadi itu mengambil masa kira-kira 12 jam untuk sampai ke destinasi setelah tiba di Kaherah, Mesir 10 pagi semalam.

“Syukur, perjalanan membawa jenazah Allahyarham bersama isteri dan anak-anak selamat sampai... setiba di sana, seluruh keluarga Fadi datang menyambut jenazah di kampungnya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Enas Albatsh, 31 dan dua anak perempuan, Doaa, 6, Aseel, 4 dan seorang anak lelaki, Mohamad, yang berusia setahun.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan MyCare yang ditugaskan menemani jenazah dan keluarga, Farisul Islam menceritakan detik sedih ketika perjalanan menuju Gaza, antaranya apabila anak-anak arwah sering bertanya mengenai arwah sepanjang perjalanan dan tidak mengetahui perkara yang terjadi.

“Anak-anak arwah sering bertanya di mana ayah mereka dan sepanjang perjalanan menuju ke Gaza, anak bongsu arwah, Muhammad, tidur di dakapan saya dan juga seorang penumpang lelaki yang menaiki penerbangan yang sama kerana rindukan ayahnya.

“Ia mungkin disebabkan Muhammad tidak mengetahui ayahnya telah syahid dan menunggunya di Syurga,” katanya.

Sabtu lalu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi, Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

Berita berkaitan

Pembunuh Dr Fadi ‘cabut’ pakai Proton Saga...

Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Disiarkan pada: April 27, 2018 @ 7:12am
d