utama

Rizalman sebak hajat tak sampai

Oleh Syanty Octavia Amry

HASRAT pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim untuk membawa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menghuni di rumah yang dibinanya berhampiran pusat tahfiz itu tidak kesampaian apabila sebahagian daripada mereka terbunuh dalam tragedi kebakaran awal pagi, hari ini.

Rizalman, 46, berkata, rumah yang lengkap dengan kolam renang itu masih dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

"Pastinya selepas ini setiap hari saya akan melalui pusat tahfiz ini. Walaupun ia amat menyedihkan, saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang turut menangis ketika ditemubual Harian Metro.

Rizalman juga salah-seorang penyumbang terbesar kepada pusat tahfiz berkenaan membabitkan wang tunai dan barang-barang keperluan.

Rizalman berkata, dia amat terkesan dengan kejadian itu salah-seorang anak angkatnya, Umar Nail, 15, pernah belajar di situ selama empat tahun sebelum dia membuat keputusan menghantarnya ke Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Negeri Sembilan.

"Umar pernah belajar di situ dan apabila mendapat berita mengenai kebakaran itu pada jam 8 pagi tadi, pada mulanya saya tidak percaya sehingga saya minta keluarga yang berkongsi berita itu tunjukkan saya gambar bangunan pusat tahfiz itu.

"Apabila mendapat tahu ia memang pusat tahfiz yang pernah Umar belajar dulu, badan saya terus menggigil," katanya.

Selain Umar, Rizalman juga mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Aali Nail.

Rizalman berkata, banyak kenangan tersimpan di pusat itu, malah Ustaz Yusuf yang turut terkorban juga pernah mengajar Umar.

"Sejurus mendapat tahu perkara ini saya sempat ke lokasi bertemu pengetua dan mengucapkan salam simpati.

"Rasa sebak dan hari ini sepanjang hari saya kerap menangis kerana terlalu sedih. Mereka sudah rapat dengan saya.

"Setiap kali saya mengadakan apa saja majlis, Ustaz Yusof dan anak-anak ini akan hadir tanpa sebarang alasan," katanya sebak.

Selain itu, Rizalman turut berkongsi perasaannya itu di laman Instagram miliknya.

Katanya, perasaannya lebih terkesan apabila ada pihak yang berkongsi gambar kejadian di media sosial dan memberikan pelbagai pendapat seolah-olah mereka lebih tahu kejadian sebenar yang berlaku.

Berita berkaitan

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Disiarkan pada: September 14, 2017 @ 9:51pm
d