JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menafikan berita yang tular di laman sosial mendakwa seorang lelaki tokan dadah dikenali sebagai Dewali Keramat ditahan, kelmarin kerana menjadi pengedar dadah kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, JSJN tidak membuat sebarang tangkapan ke atas lelaki seperti yang didakwa dalam berita tular itu.
"Berita yang tular itu tidak benar dan diharap berhenti menyebarkannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berita dalam sebuah blog Bahasa Melayu memaparkan mengenai seorang lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Dewali Keramat yang dikatakan menjadi pengedar di sekitar Keramat dan mempunyai pelanggan yang terdiri daripada semua peringkat umur.
Berita yang tidak diketahui sumber itu, tular apabila lelaki itu dikatakan menjadi pengedar dadah kepada suspek remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes kebakaran pusat tahfiz berikutan enam daripada suspek itu positif ganja.
Dalam berita tular itu, turut memaklumkan bahawa polis turut merampas sebanyak 117 pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Keramat Hujung, petang kelmarin.
Berita berkaitan
• MIP tawar khidmat nasihat percuma
• Kedai dah tutup baru mereka muncul
• Semak, baiki pendawaian elektrik percuma
• 'Bukan salah ibu bapa suspek' [METROTV]
• Siap ubah suai akhir bulan ini [METROTV]
• 'Kita sama-sama berdoa' [METROTV]
• Tiga pelajar tahfiz stabil, dah balik
• Operasi semula di bangunan baru
• ‘Sampai hati buat begitu...’
• Selisih faham futsal pun ada juga
• ‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’
• ‘Jangan terus salahkan tahfiz...’
• 'Mereka yang membawa tong gas'
• Mangsa terselamat di lokasi rahsia
• Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru
• 'Ada boleh sembang, ada tidak'
• 'Maaf, saya tak boleh beritahu'
• Mereka syahid, Allah lebih menyayangi
• Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia
• Ustaz Yusuf selamat dikebumikan
• RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta
• Seorang pelajar ditahan bantu siasatan
• Semoga roh mereka dicucuri rahmat
• Cari petunjuk daripada rakaman CCTV
• Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL
• PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah
• 12 sahabat di Raudhatul Sakinah
• 'Satu laluan keluar saja' kata bomba
• 2 tong gas timbulkan tanda tanya
• Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"
• Peluk cium pipi berulang kali
• Dah dapat rasa adik nak pergi
• Bagaimana nak mati syahid [METROTV]
• Sultan Selangor zahir ucapan takziah
• Pengetua Pondok Pak Ya simpati
• Bomba ambil alih bangunan tahfiz
• Gurauan terakhir di Facebook
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Gurauan terakhir di Facebook
• Suami baru dinikahi juga terkorban
• Pantau elak tragedi berulang
• Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]
• 'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]
• Nekad turun dengan tujuh rakan
• 'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]
• Ya Allah, 24 semuanya terkorban