utama

'Sampai hati buat begitu...' [METROTV]

Oleh Mohd Amin Jalil

"SAYA tidak akan maafkan mereka, sampai hati mereka buat begitu (bakar pusat tahfiz)," kata Noorazlina Bakry, 36, mengenai penahanan tujuh remaja yang terbabit dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Anak sulungnya Muhammad Fahmie Abdullah, 11, antara 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran itu, pada Khamis lalu.

Penemuan baru mengenai motif di sebalik kebakaran pusat tahfiz berkenaan benar-benar mengejutkan Noorazlina dan seluruh ahli keluarganya membuatkan dia tidak dapat menahan kesedihan sehingga kini.

Katanya, dia tidak menyangka semua suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun itu sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu.

"Saya tidak akan memaafkan perbuatan mereka. Saya tidak mahu berjumpa apatah lagi memandang muka mereka.

"Saya mengharapkan keadilan ditegakkan, biar mereka meringkuk dalam penjara. Sanggup mereka buat begitu terhadap pelajar tahfiz pula tu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

Sementara itu, ibu saudara yang dipanggil mama oleh arwah, Noridayu, 34, berkata perbuatan tujuh suspek itu tidak dapat difikirkan akan dilakukan mereka.

"Petang semalam kami sudah menerima banyak mesej melalui WhatsApp mengenai penahanan remaja yang dipercayai membakar pusat tahfiz, namun kami sedang sibuk untuk mengadakan kenduri tahlil dan tidak memikirkan hal itu.

"Sehinggalah kami melihat sendiri sidang media yang diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh malam tadi," katanya.

Noridayu yang juga adik kepada Noorazlina berkata, sehingga kini kakaknya masih bersedih dan sangat terkesan dengan penemuan baru.

Berita berkaitan

Selisih faham futsal pun ada juga

‘Saya maafkan mereka...’

‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’

‘Jangan terus salahkan tahfiz...’

'Saya bangga'

Hari ketiga masih ramai

'Mereka yang membawa tong gas'

Dendam sampai bakar tahfiz

Tujuh remaja direman

Mangsa terselamat di lokasi rahsia

Cari pembeli petrol

Pengkhianat takkan terlepas

Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru

'Ada boleh sembang, ada tidak'

'Maaf, saya tak boleh beritahu'

Damailah di sana

Mereka syahid, Allah lebih menyayangi

Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia

Ustaz Yusuf selamat dikebumikan

RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta

Pakai jubah putih bersama

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Disiarkan pada: September 17, 2017 @ 2:59pm
d