utama

Mahu jumpa, beri nasihat [METROTV]

Oleh Rosman Shamsudin

“KAMI sudah memaafkan mereka dan sekiranya diberi peluang saya ingin berjumpa tujuh remaja itu namun bukan untuk memarahi mereka sebaliknya untuk memberi nasihat.”

Begitulah kata Nor Azam Md, 42, abang kepada Warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Yusuf Md, 26, yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz itu, Khamis lalu.

Menurut Nor Azam, dia mendapat tahu berita penahanan tujuh remaja itu melalui media sosial sebelum memperoleh kepastian melalui sidang media diadakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, semalam.

Katanya, dia sudah mengesyaki berlakunya perbuatan khianat dalam kejadian itu ketika melawat lokasi kejadian namun tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Perasaan syak saya akhirnya terjawab dengan berita penahanan tujuh remaja itu dan bagi saya serta ahli keluarga sudah memaafkan remaja itu kerana mungkin mereka hanya hendak menakutkan serta gertak sahaja.

"Saya rasa mereka tiada ada niat untuk melakukan perkara itu sampai ke tahap ini namun mereka tersilap langkah dan saya selaku waris memaafkan mereka serta berharap dijadikan pengajaran kepada remaja yang lain.

"Jika diberi peluang berjumpa dengan remaja terbabit ,saya ingin berjumpa mereka untuk memberi nasihat kepada mereka bukannya untuk memarahi mereka kerana mereka belum lagi matang dalam membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil di rumah ibunya, Saadiah Othman, 64, di FELDA Besout 4, Sungkai, hari ini.

Nor Azam berkata, dia amat terkilan dengan berita yang mengaibkan pusat tahfiz itu kerana sepanjang arwah berada di sana sebagai pengajar tidak pernah ada perkara yang tidak baik berlaku di pusat itu.

Katanya, berita itu sedikit sebanyak mengguris hati waris terbabit dalam kebakaran itu dan berharap perkara ini dihentikan demi kebaikan bersama.

Berita berkaitan

Operasi semula di bangunan baru

‘Sampai hati buat begitu...’

‘Isteri kata api tajam’

Selisih faham futsal pun ada juga

‘Saya maafkan mereka...’

‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’

‘Jangan terus salahkan tahfiz...’

'Saya bangga'

Hari ketiga masih ramai

'Mereka yang membawa tong gas'

Dendam sampai bakar tahfiz

Tujuh remaja direman

Mangsa terselamat di lokasi rahsia

Cari pembeli petrol

Pengkhianat takkan terlepas

Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru

'Ada boleh sembang, ada tidak'

'Maaf, saya tak boleh beritahu'

Damailah di sana

Mereka syahid, Allah lebih menyayangi

Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia

Ustaz Yusuf selamat dikebumikan

RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta

Pakai jubah putih bersama

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Disiarkan pada: September 17, 2017 @ 4:21pm
d