PUTUS urat jari telunjuk sehingga terima lapan jahitan. Itu pengorbanan cef, Sufian Emmad, 20, yang terkena serpihan kaca ketika menyelamatkan pelajar tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terbakar Khamis lalu.
Bagaimanapun, Sufian menafikan dia menyelamatkan 14 nyawa seperti yang tular di Facebook, semalam.
"Ramai yang memuji kerana membantu 14 pelajar tahfiz, tetapi hakikatnya saya hanya bantu tiga pelajar tahfiz dan bukan 14.
"Itu semua tidak betul," kata anak tunggal ini.
Menurut Sufian, kaca yang terkenanya daripada tingkap yang pecah ketika kebakaran itu.
“Pada 5.15 pagi, saya teman ibu cuci beras di dapur sebelum terdengar suara seperti orang bergaduh dari jarak kira-kira 100 meter dari rumah saya.
"Saya dan jiran meninjau di tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku sebelum melihat pusat tahfiz itu terbakar," katanya.
Menurutnya, dia bersama beberapa jiran lain bergegas masuk ke premis itu untuk menyelamatkan penghuni pusat tahfiz.
"Saya masuk mengikut pagar hadapan tahfiz, sebelum melihat pelajar meminta tolong dari tingkat tiga di bangunan itu.
"Saya meletakkan karpet di lantai, meminta mereka terjun ke bawah. Ada yang tersasar sebelum terjatuh menembusi bumbung bangunan itu namun berjaya diselamatkan," katanya.
Menurut Sufian, dia mengangkat pelajar yang diselamatkan itu keluar ke kawasan selamat jauh dari premis berkenaan.
Sufian berkata, ketika dia cuba menyelamatkan mangsa ketiga yang sudah terjun dari bangunan tiga tingkat itu sebelum secara tiba-tiba kaca tingkap pecah akibat kebakaran itu.
"Api semakin marak dan suhu tinggi menyebabkan kaca tingkap di bahagian atas pecah dan terkena jari saya.
"Saya rasa pedih di bahagian tangan, tak sangka ketika itu baju dan kain saya basah akibat pendarahan yang berlaku pada jari tangan kanan saya.
"Selepas itu, hilang suara yang meminta tolong dan menjerit panas dari arah atas itu.
"Saya bersama pelajar tahfiz itu sempat menyelamatkan diri. Saya tekad untuk selamatkan yang lain namun bomba menasihatkan supaya keluar dari premis itu," katanya.
Menurut Sufian, akibat terkena kaca itu, dia mengalami kecederaan serius.
Dia dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berita berkaitan
• Mana ada Dewali Keramat kena tangkap
• MIP tawar khidmat nasihat percuma
• Kedai dah tutup baru mereka muncul
• Semak, baiki pendawaian elektrik percuma
• 'Bukan salah ibu bapa suspek' [METROTV]
• Siap ubah suai akhir bulan ini [METROTV]
• 'Kita sama-sama berdoa' [METROTV]
• Tiga pelajar tahfiz stabil, dah balik
• Operasi semula di bangunan baru
• ‘Sampai hati buat begitu...’
• Selisih faham futsal pun ada juga
• ‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’
• ‘Jangan terus salahkan tahfiz...’
• 'Mereka yang membawa tong gas'
• Mangsa terselamat di lokasi rahsia
• Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru
• 'Ada boleh sembang, ada tidak'
• 'Maaf, saya tak boleh beritahu'
• Mereka syahid, Allah lebih menyayangi
• Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia
• Ustaz Yusuf selamat dikebumikan
• RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta
• Seorang pelajar ditahan bantu siasatan
• Semoga roh mereka dicucuri rahmat
• Cari petunjuk daripada rakaman CCTV
• Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL
• PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah
• 12 sahabat di Raudhatul Sakinah
• 'Satu laluan keluar saja' kata bomba
• 2 tong gas timbulkan tanda tanya
• Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"
• Peluk cium pipi berulang kali
• Dah dapat rasa adik nak pergi
• Bagaimana nak mati syahid [METROTV]
• Sultan Selangor zahir ucapan takziah
• Pengetua Pondok Pak Ya simpati
• Bomba ambil alih bangunan tahfiz
• Gurauan terakhir di Facebook
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Gurauan terakhir di Facebook
• Suami baru dinikahi juga terkorban
• Pantau elak tragedi berulang
• Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]
• 'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]
• Nekad turun dengan tujuh rakan
• 'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]
• Ya Allah, 24 semuanya terkorban